Tuesday, July 11, 2017

KISAH MAKEUP REMOVER

July 11, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Yeayy!!  Akhirnya update pun blog. 

2017 ni baru satu entri rupanya. Maaflah, idea banyak dalam kepala tapi entah kenapa belum mahu terus menulis dan meluahkan kat sini. InsyaAllah nanti akan kerap menaip. Alahai...bukan ade sesiapa pun baca blog ni kan? hehe

Balik kerja ni sebenarnya nak ajak husband pergi drugstore jap, nak cari makeup remover. Sebab yang beli haritu dah habis dah. Yang aku cari ialah yang jenis wipes tu, senang nak bawa kat mana-mana dan bagi aku lebih berkesan menanggalkan mekap di wajah. chewahhh.

Aku bukan la mekap sangat pun. Kalau rajin je nak la jugak bersolek sikit. Terutama bahagian mata, eyeliner dengan mascara tu kene betul betul bersihkan sebab kalau tak bersih tak sah solat kita nanti kan. Sebelum cuci muka pun kene sental dulu dengan mekap remover bagi betul-betul bersih gitu. Yang aku guna sekarang ni jenama Simple,nah sebijik macam gambar kat bawah ni : 


So far pakai yang ni memang memuaskan hati aku. memang betul-betul bersih kat area mata tu. Nak bawak travel lg senang, letak je kat dalam handbeg tu. Kalau tak bawak susah jugak, lagi-lagi kalau travel nak solat kene tenyeh betul-betul. Tu yang husband selalu tunggu lama sikit tu. yela,lepas solat kene touch up balik.Hihi..

Tapi yang paling best pernah aku guna ialah wipes dari Biore. wipes dia sangat lembut di wajah, bau pun sedap je. Tak kebas pun muka bila sental sental mekap tu. so kalau nak try boleh cuba yang ni sebab dia sangat-sangat okey. Aku beli yg travel pack, kecik je pack dia. Sebab kerja aku kan banyak handle bengkel dan kursus, so boleh bawak bila pergi bengkel or kursus nanti. 

Ni gambar dia: 


Okey, selain jenis wet tissue ni, aku ade beli lagi satu.jenis yang air tu. Ni kiranya terpengaruh dengan iklan TV la ni. Kononnya dap dap dap je dah boleh hilang mekap. Tapi aku tak berapa suka la yg ni, sebab leceh ,plus kene sediakan facial tissue yg petak tu kan. Yang ni ade kat rumah, memang letak kat rumah je. Tapi area mata tu susah nak bersih. so memang aku prefer yang jenis wipes tu je.

Ni yg aku beli haritu, Garnier Micellar Cleansing Water: 

Tapi so far kedua-dua jenis ni okey la, tujuan untuk buang mekap je kan? Lagipun boleh dapat di mana-mana drugstore kat Malaysia ni tau. Untuk keterangan lanjut korang boleh layari website di bawah ni, klik je: 


Sampai kita berjumpa lagi pada entri yang akan datang. 

Thursday, May 18, 2017

Pengalaman interview kerajaan (SPA)

May 18, 2017
Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua :)

Hai semua. lama dah kan aku tak menaip. Bukan apa, sibuk sikit dengan urusan peribadi dan kerja. Tapi aku rasa sayang pulak kalau blog ni terus dibiar sepi sebab dengan blog ni lah aku bebas nak meluahkan, bercerita dan berkongsi apa-apa sahaja. 

Tiga ulan lepas aku baru je selesai menghadiri Temuduga jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD M41). tapi nasib tak menyebelahi aku untuk jawatan tu, aku redha je dan cuba lagi tahun depan kalau ada peluang.

Sebenarnya nak berkongsi cerita tentang interview SPA yang aku pernah dapat dan pernah lalui. Aku mula mengisi portal SPA sejak habis SPM lagi (dalam tahun 2007 kalau tak silap). Jadi aku rumuskan di bawah senarai jawatan yang pernah aku dipanggil untuk temuduga.

1. Jururawat Masyarakat
Tidak berjaya - First time ever interview dan masih kebudak-budakan masa ni.

2. Jururawat
Tidak hadir - Tengah Exam (Diploma)

3. Penolong Pegawai Arkib S29
Tidak berjaya

4. Penolong Pegawai Tadbir N27
Tidak berjaya

5. Penolong Pegawai Undang-Undang N27
Calon Simpanan

6. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Tidak Berjaya

7. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 
Calon Simpanan (dan diserap sebagai pegawai tetap sekarang, Alhamdulillah)

8. Penolong Penguasa Kastam W27
Exam online- Tak jawab sebab dah kerja gred yang sama, cuma skim berbeza. Bagi peluang orang lain :)

9. Penolong Pegawai Penerangan S27
Exam online- Tak jawab sebab dah kerja gred yang sama, cuma skim berbeza. Bagi peluang orang lain :)

10. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
Exam online 2015 - Tak jawab sebab hal peribadi yang tak dapat dielakkan.

11. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
LULUS Exam online 2016 , LULUS PAC, cuma terkandas di step terakhir, Interview. belum             rezeki lagi kat sini. hehe

Bila tengok list dekat atas, Alhamdulillah aku bersyukur sebab dipaggil banyak kali untuk menghadiri exam dan temuduga kerajaan. Ada beberapa kenalan yang sekali pun tidak pernah merasai pengalaman ini. Takpe, InsyaAllah masing-masing ada peluang nanti. Kalau dah rezeki tak kemana kan? Kerja swasta ke, kerja kerajaan ke semuanya rezeki yang Allah dah atur untuk kita. Jadi kita kena bersyukur selalu. Ada hikmahnya, InsyaAllah, Sabar itu Indah.


Post Pilihan

randomposts

Followers