Saturday, May 30, 2015

Misi menguruskan badan 2015

May 30, 2015
Assalamualaikum.

Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

Sekarang nih aku dalam misi menurunkan berat badan sendiri.

Sebab apa?
untuk kepuasan
keyakinan diri
dan yang paling penting untuk kesihatan lah.

kau tahu, berat badan aku sekarang 68 kg, which is lebih 10kg kalau nak dapat berat badan ideal. itupun aku ikut jumlah BMI yang paling minimum yang sepatutnya sesuai dengan ketinggian aku.

Boleh ke? 
InsyaAllah takde ape yang mustahil kalau kita berusaha kan. Aku yakin aku boleh. Syuhada kan hebat. so jangan nak fikir negatif lah kan. Untungnye aku sebab disokong oleh keluarga, suami, kawan-kawan, staff untuk misi ni. heheh. 

So untuk tu, aku tengah kawal slow-slow cara pemakanan dan gaya hidup aku.

Kalau dulu aku makan tak tambah pinggan tak sah, sekarang aku cuma ambil sepinggan nasi,Dari sepinggan nasi, aku kawal lagi dari ambil sesenduk je nasi.hehe..tapi kekadang tersasar jugak. Haritu masa kursus kat JB ada trainer yang ajar kecergasan ni ajar beberapa step untuk kempiskan perut. dan dia cakap min untuk bersenam adalah 30 minit seminggu. Dia cakap kalau 15 minit bersenam pun, yang keluar tu ialah air, bukan nya bakar lemak pun. so sia-sia je eksersais cmtu.

So untuk misi mendapatkan berat badan yang ideal, selain dari kawal pemakanan dan banyakkan minum air masak, aku jugak beli ni



Teh total image ni untuk detox



Lechitin kordel untuk tingkatkan metabolime badan dan pecahkan lemak

Larome untuk sapuan luaran pagi dan malam. Panas gile.huh


Encik suami belikan skipping ni.. Brand sama dengan gambar


pastu encik suami belikan bola senam ni pulak. 


Pasni nak kena youtube cara guna bola senam ni cmne. So kat rumah je pun dah boleh eksersais. Thank suami layan je isteri awak yang macam-macah karenah ni. Love you to the moon.

Okeh, Tu je pun nak cerita, nanti ada masa kita update lagi. Bye







Monday, May 18, 2015

diam, kaku dan pergi

May 18, 2015
Assalamualaikum.
Selamat Petang


Aku rasa nak taip sesuatu..

Aku rase nak meluahkan sesuatu..

Tapi.....

bila nak meluah rasa macam ade je yang tak kena. 
So stop. 
.........diam, kaku dan pergi


Sigh*tak habis-habis mengeluh.

Aku pun tak faham la dengan diri aku ni. Kenapa Syuhada? Stress ke? Macam tak. Eh entah lah. Nak kata tekanan ke hape aku rase macam takde ape yang nk distresskan. Tapi aku sedih sebab diri sendiri ni tah babis-habis nak fikir negatif. Fikir negatif pasal diri sendiri. Fikir negatif pada staff. Fikir negatif dengan semua orang. Tapi yang aku tengok dan aku perhati, semua orang baik je dengan aku. Aku je ke yang perasan bukan-bukan? Kenapa susah sangat nak percaya dengan orang? Kenapa selalu sangat rase diri tu annoying, Entah la. Aku ni dah kene sakit jiwa ke? Entahla.

Badan pun cepat rasa nak lemah je sekarang ni.Mungkin sebab tak makan tengahari tadi kot? Tapi bukan harini je rasa cmni. Selalu sangat. Ke sebab aku minum teh detox tu? Rasa pening-pening mual. Malas nak tnye kat orang. Kalau aku tanye kat orang mesti dia tanya aku dah mengandung ke. Padahal belum ade rezeki lagi. Hmmmm. Aku ade penyakit ke? bila tnye kat suami nanti suami marah pulak. Nak tak nak duk diam jelah tak payah fikir ape-ape. Kalau pergi kat klinik kerajaan pun bukan doktor nak cek, main teka je pastu bagi ubat panadol macam haritu. Isk

Kekadang masa ni lah rasanya aku perlu seorang pendengar. Yang perlu dengar dengah penuh perhatian tanpa perlu bersuara. Manusia? susah nak jumpa.

DIA ada. Aku rasa aku pun makin jauh dengan DIA sekarang ni..Aku harap masih sempat untuk aku kembali pada DIA. InsyaAllah.

Semoga mudah semuanya,




Post Pilihan

randomposts

Followers