Thursday, June 30, 2011

Bintang - Hari pertama

June 30, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua :)


Hari ni hari pertama buat part time kat bintang fashion :)
terasa mcm nak buat log book via o9 pulak.
nak rekod setiap perkara setiap hari kat sini.ok kan?

Hari ni baru masuk. kat sini ade 3 staff lama. Qilah, Rita, kak Sham. So far, dorang ok jek. rajin buat kerja. Cume qilah macam ganas sgt plak. hehe :) tapi die ok, aritu sy mintak keje pun dgn die lah.Rehat kat sini 2 jam. sy rehat dr jam 3 hingga 5. Ok lah, x payah ambil masa keluar untuk zohor n asar kan.

Customer tak ramai pun. sebab hari khamis kan. Lagipun kat kedai ni orang macam tak masuk sangat.. tah kenapa.. tapi lagi bagus. tak la byk sgt keje den.. haha :) Kat sini sy jage men department, iaitu baju2 lelaki yang kebanyakannye indon, bangla, indon, bangla je yg datang beli..n lastly kedai tutup kul 10 malam.

ok, dah habis cerita tuk hari pertama. bye2 :)

Cabaran 30 hari#Hari ke4-bila sorang2-

June 30, 2011
Assalamualaikum..

salam sejahtera kepada semua pembaca.

Sudah hari keempat cabaran 30 hari ini dijalankan dalam blog ni..
Sape2 yg tak tau ape2 lagi, boleh refer pada entry INI ye :)

soalan hari ke empat: Benda yg anda buat bila sorang-sorang?

Credit to google

Bile duk sorang2? haa.. sorang2 Berangan la paling best. Berangan tentang kawen paling best. kawin nanti nak jemput siapa, nak buat tema kaler ape, nak buat pelamin macam mana..haha..tapi dunia realiti semua tu xkan mampu terbuat.Kawen pun ne bajet2 la kan..

Best berangan ni sebab dalam dunia angan2 tu sy boleh jadi sape2 je.. boleh jadi tokey tesco, tokey giant, tokey disney wonderland dan segala tokey lagi. Boleh jugak bertukar jadi sizuka, sailormoon, doraemon, n guna poket ajaib die tu tuk masuk ke dunia mimpi dan kacau kacau mimpi orang.best kan? kan? ^_^..haha

Kalau dulu2 zaman sekolah, bile saya sorang2, saya suka karang puisi. Suka sangat dengan puisi. Penah menang tau tempat pertama menulis sajak untuk minggu perpustakaan sekolah dulu2 n menang hadiah tupperware..hehe :))

Ok,cerita da habis.till next entry :)

Post Pilihan

randomposts

Followers