Sunday, October 29, 2017

Panggilan Exam PTD 2018



Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua pembaca

Apa khabar semua? rasanya dah lama tak menaip entri baru. Ada tak yang rindu? haha. Aku sebenarnya tak menaip sebab sibuk dengan urusan kerja, pergi bengkel dan outstation. Minggu depan ni pun kena outstation lagi. Dah nama pun kerja kan, rezeki tu. Jadi bertabahlah hati!

Masa outstation di Melaka minggu lepas, aku ade terima SMS daripada SPA, untuk jawan exam PTD pada 3 November ni. Tak sempat nak study apa pun. Btw, ini kali ketiga yang aku dapat panggilan exam PTD. Tahun 2015 aku tak jawab sebab lupa. Tahun lepas Alhamdulillah lulus exam dan PAC, cuma gagal temuduga je. Masa temuduga tu pun sebenanrnya aku baru balik dari outstation , tak sempat prepare apa pun sangat, banyak soalan panel yang aku tak dapat jawab dengan confident. Sebebnarnya bila tak dapat tu memamng dah takdir aku. Lagipun usaha sikit sangat, Allah nak aku berusaha lebih lagi tu. InsyaAllah ade rezeki tak kemana kan?


Image result for PTD

Untuk tahun ni?

Sebenarnya 3hb tu pun aku baru balik dari outstation jugak.. semoga dipermudahkan semuanya nanti. Insyaallah.

Siapa yang ambil Exam PTD sekali tahun ni? kita geng! Semoga berjaya ^_^

No comments:

Post a Comment


Post Pilihan

randomposts

Followers