Hi, belum sempat nak update header baru. Blog berkaitan kehidupan seorang Asyiqin.



Tuesday, October 3, 2017

Allah knows better

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

Apa kena dengan aku harini?

Nak naik lif pergi tingkat atas, pergi naik lif yang turun bawah. Bila dah naik lif yang betul, lupa pulak nak tekan nombor aras. Sudahnya sia-sia sebab lif tu tak bergerak. Lama jugak baru sedar dan baru tekan nombor aras.

Tadi hampir-hampir nak eksiden dekat dengan office. Bukan salah aku. Sebuah kereta yang dari arah sana tiba-tiba jalan laju masuk lorong aku padahal traffict light dia merah. Yang hijau nye jalan aku tu. Aku mampu hon je kat dia. Sikit lagi nak berlanggar. Allah.. menggigil rasanya sbb tengah tahan marah dan terkejut. Masih belum ajal aku lagi, sebab aku banyak dosa. Mungkin tuhan suruh bertaubat dulu sebelum mati.

Hati aku sakit.. aku tak ingat aku ada senyum tak harini. Aku tak pandai hipokrit, kalau hati dah tak sihat macam mana nak berpura-pura ceria dan happy depan orang?Aku rasa nak menangis sekarang. Allah...kuatkan hati aku. Tak patut rasanya menangis untuk perkara yang aku rasa aku tak patut hadapinya. Tapi Allah knows better, dia takkan uji aku lebih dari kemampuan aku sendiri.

Baru sekarang kau nak ingat tuhan kan syu? huh

Mungkin bagi seseorang,apa yang dia lakukan tu nampak kecil dan tak ada apa-apa effect pun, tapi tidak bagi aku. Hati aku sakit sangat sangat sampaikan aku rasa aku bodoh sebab senang memaafkan. Entahla... but i know im strong enough to handle this kind of rubbish.




1 comment:

  1. yunk banyak bersabar ya , setiap apa yang berlaku ada sebabnya , banyakkan berdoa ya..

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers