Saturday, September 2, 2017

Salam Aidiladha 2017

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Alhamdulillah, semalam kita dah menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga pengorbanan yang kita lakukan pada tahun ini diberkati NYA.

Raya kali ni aku raya di kampung tercinta, Nilai Negeri Sembilan. Home sweet home kata orang. Suami pun sama, tapi dia lepas solat sunat Aidiladha dah kena pergi kerja sebab tak dapat cuti. Kesiannya tak dapat cuti... hahaha (gelak jahat sikit sebab mesti dia baca entri ni jap jap lagi :p )

Sehari sebelum raya ibu ada masak nasi impit dengan rendang, pagi raya pulak ibu siapkan kuah kacang lepas pergi solat raya. Kewajipan kami sekeluarga untuk ke surau pada pagi raya, baik solat Aidilfitri mahupun Aidiladha (:

Tahun ni keluarga besar kami korbankan seekor lembu. Tadi dah siap sembelih, lapah-lapah dan bahagi-bahagikan dekat jiran-jiran. Sambil-sambil tu gotong royong buat sup tulang. Alahai sedapnyaaaaa tau! Rasa nak tambah berkali-kali tapi bila mengenangkan berat yang semakin tambah, aku kena la lupakan hasrat nak makan banyak tu. Seksa tau nak kurus ni. Nafsu makan macam hape, tapi kau nak kurus sangat kan? bertabahlah syuhada!

ok, jom kita layan lagu ni. Best tau. dah la comel adik yang nyanyi ni. Main gitar lagi :p


bila kau berduka
dan engkau putus asa
ku fahami apa yang kau rasa

disini ada ku
bukankah aku temanmu?
yang kuingin hanyalah senyumanmu

biar kegelapan menghilang
dan cahaya terus menerangi

let me see your smile
let me see your laugh
let your worries go away
and never come again

i wanna smile with you
i wanna laugh with you
we never know all the good that as simple
smile can do
wohoho... ooh...

kau senyumlah..

jangan pernah mengalah
walau dalam susah
kau teruslah melangkah
dengan tabah

tak pernah kau sendiri
ada ku disini
kepada-Nya kau serah diri

4 comments:

  1. assalamualaikum awak !! salam aidiladha !! hee~ awak menang contest kat blog kakak.. nanti datang singgah blog kakak untuk confirmation dan whatsapp alamat awak ke - 017 3091865 ya..

    ReplyDelete
  2. Hi awk...Salam kenal. Tahniah menang giveaway "ukhwah kita kerana Allah" 😁

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha. Btw, I followed here. Have a nice day! ;)

    ReplyDelete
  4. Feel free to visit my blog https://beehaazman19.blogspot.com

    ReplyDelete