Monday, September 11, 2017

Nak kurus tapi pemalas

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua (:

Apa khabar hati hari ni?
Hmm..okay kot? entahla..

Alhamdulillah, dah bulan 9.  Lagi 3 bulan je nak berakhir dah tahun 2017. Azam baru masa awal tahun haritu masih belum tertunai lagi.Azam nak kurus dan nak pakai baju-baju lama yang saiz M nampaknya belum berhasil sebab usaha separuh jalan je. Rindunya badan masa belum kahwin dulu. Rindu badan 3 tahun lepas. 

Sebab apa tak berhasil? Aku malas. jujur aku katakan yang aku malas nak berusaha. Sampai bila aku nak kurus kalau diri ni sendiri taknak berubah. Tak guna beli alat senaman, beli suplemen macam-macam kalau malas. Bila buka instagram, buka Facebook, pandai pulak jeles tengok orang kurus boleh bergaya nampak cantik je kan, tapi kenapa malas? Kenapa tak kuat nak diet dan bersenam? Aduhai syuhada..

Haritu pernah diet dan bersenam masa nak pergi PAC PTD je. Alhamdulillah berat turun dalam 5kg jugak la. Tapi sebabkan malas nak maintain dan teruskan usaha tu, dah naik balik dah berat badan ni. Aku dah obese tau. Dah 75 kg. Tinggi aku 156cm je. BMI aku 30.8 tau, memang dah dikira obesiti. aku dah cek da tadi. Obesiti tu gemok la maksudnya. Kau dah gemok Syuhada, dah tak cantik. sedar diri sikit. Sedih? Tak guna kalau malas! 

Aku nak kurus, aku kena kuat. Kuatkan diri untuk kurus susah tau. Dulu masa putus cinta masa patah hati senangla nak kurus. Tapi sekarang hidup bahagia je macam mana nak kurus? Eh, tu alasan je lah syu, kau malas. So? sebenarnya senang je kan, jangan malas. Jangan malas nak diet dan senam semua tu. 

Kena kuat
Kena sabar

paling penting buang sifat malas dalam diri tu. Doakan aku kawan-kawan..

2 comments:

  1. Samalah azam kita, tak tercapai lagi beberapa azam saya, bawa ke tahun 2018 lah jawabnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade lagi 3 bulan ni untukachieve. jgn give up lg. hehe

      Delete