Sunday, September 10, 2017

Beban pada orang lain

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera

Pernah tak terfikir diri sendiri jadi beban dekat orang lain?  

Sekarang aku ada rasa ni. Aku ni selalu menyusahkan orang, jadi beban dekat orang lain sampai aku rasa nak hidup sorang-sorang taknak ada kawan, tak nak ada sesiapa dalam hidup aku supaya  aku tak sakitkan hati orang, tak buat orang rasa annoying dengan aku dan supaya hati aku tak sakit macam ni.

Ni bukan penyakit hati,
Tapi aku sedar diri.

Sekurang-kurangnya kalau aku dipinggirkan dan tak dipedulikan, aku dah tak payah ade perasaan. Penat nak jaga perasaan sendiri, penat dah bila yang salahnya tu selalu aku.

Aku tak percaya dekat orang untuk meluahkan perasaan ni, so sini la tempatnya.

Harap cepat sembuh  wahai hati.






2 comments:

  1. terkadang hati kita penat. ambil masa, tenangkan jiwa. nanti bila dah tenang semuanya akan ok in syaa Allah..

    ReplyDelete