Tuesday, January 20, 2015

4 hari lagi

Assalamualaikum
Salam Sejahtera ^^

Tinggal 4 hari lagi, dan aku masih bekerja. Esok pun masih perlu bekerja. Hati dah melayang duk fikir pasal majlis je nih. aduhai..pening kepala nak kahwin ni kan? Hadi lagi lah..esok nak nikah..malam sebelum tu still bekerja. Orang dah suruh tukar jadual tapi katenye tak dapat kelulusan. Takpelah awak..just take care.Orang darah manis kan..

Persiapan majlis rasenya dah 70% kot siap.. Katering, pelamin tinggal nak membayar je. Baju nikah and sanding semua dah setel. Oh ye..tudung nikah je nak kena alter sikit. pergi jahit tapi tapi makcik tu buat cincai2. Last2 mengelembung sana sini. Nasib baik semalam pergi jakel beli kain chiffon kaler off white pastu g jahit kat kedai india kat masjid jamek tu. Tinggal nak jahit manik sikit biar berseri. Semalam pun dah beli kasut and beli ape yg patut. Alhamdulillah semua yg nak dicari jumpa.

Nak memudahkan persiapan, nasib baik staff dekat sini pandai gubah hantaran, siap bagi diskaun price lagi. Thanks.. Siap dorang buatkan bakul kraf lagi untuk letak buah, Cantik ! 

Sekarang ni kononnya bekerja dalam keterpaksaan.Demam ni. selsema batuk sakit tekak. Semoga masa nikah nanti kami berdua sihat sepenuhnya, InsyaAllah




1 comment:

  1. semoga cepat sihat...majlis nak dekat dah ni kan...

    banyak minum air suam tu... :) :)

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers