Wednesday, September 28, 2011

Perlu ke berdua andai tiada jaminan?

Assalamualaikum wbt..

sejak dari tengah pagi tadi aku tertanya-tanya. terfikir dengan soalan seseorang yg hakikatnya betul tapi terasa menyakitkan. Sangat pedih. Soalan tentang masa depan yg telah sedikit dirancang, tapi kian goyah. aku sakit aku taknak fikir banyak banyak.

Ya, memang benar. makin lama makin aku rasa terluka. Tapi makin lama aku belajar untuk jadi makin tabah dan terima kelemahannya.

Ya, memang benar. makin lama makin terasa perbezaan kita. Tapi itu beerti kita saling melengkapi. sebab kita hanya manusia yg tak sempurna.

Ya. memang benar tida jaminan untuk masa depan yg kita pasti bersama suatu hari nanti. Tapi aku mengharapkannya. 

Dan aku semakin tertanya tanya. andai tiada jaminan, mengapa terlalu banyak harapan yg diberikan. mengapa terlalu banyak kenangan yg dicipta dan mustahil untuk dilupa. Andai tiada jaminan, mengapa perlu berjanji satu waktu dahulu. 




No comments:

Post a Comment


Post Pilihan

randomposts

Followers