ASYIQIN ❤

Hi, belum sempat nak update header baru. Blog berkaitan kehidupan seorang Asyiqin.



Saturday, March 30, 2024

Tukar domain daripada dot com ke blogspot semula

March 30, 2024


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Actually, domain www.asyiqin.com dah kena renew, netkl pun dah hantar emel dua kali untuk renew domain. Tapi aku terfikir juga perlu ke tak untuk sambung renew domain , sebabnya aku dah jarang update blog. Kalau tengok tahun 2023, dalam setahun tu baru ada 5 entri dan untuk tahun 2024, ini entri ke-2. Macam membazir pula untuk renew domain tu kan? 

So fikir punya fikir, aku decide untuk pakai dulu blogspot ni, sampailah bila aku dah rajin semula untuk tulis blog, baru aku buat balik domain asyiqindotcom tu. harap-harap takdelah orang pakai domain tu hehe.

So dengan rasminya....
www.asyiqin.com bertukar semula kepada www.asyiqin89.blogspot.com

sekian..


Tuesday, February 20, 2024

Wednesday, September 20, 2023

Bayaran nak masuk rumah baru

September 20, 2023
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ni aku belanja gambar koridor luar dulu :p

Hai semua, untuk makluman, tak lama lagi aku akan dapat kunci rumah. Actually dah lama dah aku sign perjanjian, dalam April 2019. Masa tu memang rumah tengah dalam pembinaan, dan akhirnya tahun 2023 siap juga. Alhamdulillah.

Aku beli rumah di bawah skim perumahan penjawat awam (PPA1M) dan menggunakan Loan kerajaan, LPPSA. Type rumah aku ni kondo. Lokasi pun aku rasa strategik sebab dekat dengan KL dan Putrajaya. so, takdelah jauh nak pergi kerja. Now tengah tunggu ID dan Password dari developer untuk set appointment ambil kunci dekat apps.

Cuma bila nak masuk rumah ni, macam-macam Fee dengan deposit nak kena bayar dulu tau. Bayaran yang aku kena bayar ialah :

TNB : RM510.00 
Property Management Charges (4 bulan advance Maintenance Fee) : RM 695.20
Property  Miscellaneous Charges  : RM 228.99
SYABAS - RM70.00

So now, total yang aku dah bayar sebelum dapat kunci ialah RM 1,504.19

Next nak kena fikir kos untuk defect inspection, kipas, lampu, grill, kabinet dan macam-macam lagi. Banyaknya.. duit mengalir macam air hujan kan bila masuk rumah baru ni. Ada yang nak sponsor tak?

hehe.. ok la, nanti aku sambung lagi next entri. jumpa lagi, bye!

Tuesday, August 22, 2023

Update tentang kes transaksi mencurigakan kad kredit Maybank

August 22, 2023
Assalamualaikum..
Hai semua.. apa khabar?




Ingat tak entri aku yang lepas, kalau tak ingat, boleh baca kat sini tau - 


Tadi buka emel, Alhamdulillah pihak Maybank dah ada update tentang isu kad kredit aku tu. Korang boleh baca kat bawah ni :



Alhamdulillah, tak sampai sebulan pun kes ni dah selesai, duit tu pun dah dikreditkan semula dekat akaun kad kredit aku. Syukur sangat.Terima kasih Maybank sebab tindakan yang pantas, kata ambil masa 3 bulan untuk siasat, tapi yang ni tak sampai sebulan pun. Alhamdulillah.. 

So korang yang baca ni, kena rajin tau semak statement bank masing-masing,  kalau ada transasksi yang mencurigakan, kena cepat-cepat hantar report pada pihak Bank.

Jumpa lagi next entri..

Sunday, August 6, 2023

Enjoy life

August 06, 2023
Hi Peeps!



Selamat hari ahad gais! Ahad korang macam mana harini? Dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah atau pun sekadar buang masa? Ahaha kalau aku, biasanya sabtu ahad kalau takde apa-apa program, tak balik kampung dan suami pun kerja, aktiviti aku ialah tidur. Balas balik tak cukup tidur weekday tu. Yelah, dah kat rumah takde sape, anak pun takde. ada kucing ajeee. But aku make sure la benda-benda basic macam basuh baju, basuh pinggan semua tu aku setelkan dulu sebelum suami balik kerja. hahaha

Weekend Activity
Macam harini, pagi aku balik kampung jap sebab ibu ajak pergi jualan Gedung Siti Khadijah. Ibu belanja telekung SK tau. Thanks ibu! Korang jangan pelik tau, rumah aku dengan kampung aku jarak tak jauh pun, tak sampai sejam pun. So tu yang kalau aku bosan kat rumah, kadang-kadang aku wasap suami minta izin nak balik kampung.

TTC Journey
Ada yang komen berkenaan TTC Journey aku. Well, sekarang aku masih belum sambung apa-apa treatment dan enjoy life. Enjoy je apa yang ada di hadapan. Aku malas nak fikir sangat. Nasib baik juga family sendiri dan family belah suami tak push, kalau tak mesti stress. Masa baru-baru kahwin jelah ada yang macam suruh try itu, suruh try ni. Tapi sekarang dorang pun dah malas nak tanya apa-apa kot. Family belah aku dan suami pun dah ada ramai cucu dah. Belah aku dah ada 5 cucu dan belah suami dah berbelas cucu mama ada. So, kalau kami lambat sikit takpelah ye. Ujian orang tak sama kan. Thanks untuk yang memahami. Bukan taknak, bukan tak usaha.. 

Career
Aku busy tau. Kerja tak pernah habis. Bos aku tuu bila kerja ni tak selesai lagi, dia dah bagi kerja lain.. haha tapi takpe, itulah adat mencari rezeki. kita hadap je. Cuma kadang-kadang ada kerja last minit. Tu yang aku rasa terkilan sebab aku tak boleh buat sehabis baik. Aku kalau buat kerja, aku tak akan buat cincai-cincai tau. Aku kalau boleh nak pastikan kerja tu sempurna di mata aku. So far, aku happy je kerja kat sini sekarang, Alhamdulillah..

ok korang, jumpa lagi lain entri. 
Doakan aku rajin update blog selalu tauuu.











Post Pilihan

randomposts

Followers